Dengan musim perayaan Tahun Baru Cina, pihak Rovio Mobile telah pun mengemaskini permainan mereka, dengan mengintegrasikan versi Tahun Baru Cina, dipanggil sebagai Year of the Dragon, dengan turut sama membawakan jalan cerita baru bersama-sama dengannya.
Melaluinya, para pengguna boleh menikmati permainan baru, yang memperlihatkan watak Mighty Eagle yang kini berfungsi sebagai Mighty Dragon, dengan kuasa yang lebih tinggi berbanding sebelumnya. Untuk Angry Birds Season kali ini, seperti biasa, ia diperkenalkan pada hampir semua platform, termasuk iPhone, iPod Touch, iPad, Android, BlackBerry PlayBook, Nokia dan juga Google Chrome.
Bagi yang berminat, boleh memuat-turunnya terus daripada aplikasi kedai untuk platform masing-masing, ataupun memainkannya terus pada pelayar web anda hari ini.