Samsung Teruskan Iklan Galaxy S2 Mensasarkan Pengguna iPhone

Samsung Teruskan Iklan Galaxy S2 Mensasarkan Pengguna iPhone

Diterbitkan pada Jan 21, 2012 oleh .

Beberapa bulan sebelum ini, kita dapat melihat iklan Samsung yang mempromosikan Galaxy S2, dan memperlihatkannya lebih baik lagi berbanding dengan iPhone 4S. Kini, Samsung terus mengeluarkan iklan seumpamanya, dengan turut sama memfokuskan kepada sokongan navigasi suara yang disertakan bersama-sama dengannya secara percuma.

Melalui video tersebut, ia memperlihatkan para peminat “Apple” beratur untuk membeli telefon pintar terbaru, dan kecewa apabila ketahui rekabentuknya menyerupai dengan rekabentuk sebelum ini.

Selain daripada itu, para pengguna yang berkampung untuk mendapatkan peranti tersebut juga jatuh hati dengan fungsi navigasi bersuara yang disertakan bersama-sama dengannya, secara percuma.

Mungkin dengan pelancaran Samsung Galaxy S3 tidak lama lagi, kita akan dapat melihat lebih banyak iklan seumpamanya, dan masih tiada jawapan dalam bentuk iklan daripada pihak Apple. Adakah kita akan dapat melihat perang iklan seperti Mac vs PC sebelum ini?


TIPS & ULASAN