Gambar Konsep : Fujitsu Lifebook 2013 – Gabungan Semua Peranti Dalam Satu

Gambar Konsep : Fujitsu Lifebook 2013 – Gabungan Semua Peranti Dalam Satu

Diterbitkan pada Jan 22, 2012 oleh .

Gabungan lebih daripada dua peranti didalam satu telah pun diperkenalkan sejak tahun lepas. Salah satunya adalah Asus PadFone yang membawakan integrasi tablet dan juga telefon pintar. Dan kini, gambar konsep diperlihatkan untuk peranti yang dinamakan sebagai Fujitsu Lifebook yang mengintegrasikan beberapa peranti didalam satu komputer riba.

Melalui konsep yang direkabentuk oleh Prashant Chandra, ia membawakan idea dimana kepada perkongsian perkakasan dan juga ruangan. Pada masa yang sama, ia juga membolehkan anda mempunyai akses fail-fail sama pada pelbagai peranti anda. Sebagai contoh, sekiranya anda mempunyai koleksi lagu kegemaran pada pemain MP3 anda, semestinya anda inginkan perkara sama pada komputer riba, mahupun tablet dan sebagainya.

Rekabentuk gambar konsep Fujitsu Lifebook ini juga mengintegrasikan tablet dalam bentuk papan kekunci pada komputer riba tersebut, yang mana boleh ditanggalkan secara berasingan untuk digunakan sebagai tablet.

Jadi, adakah konsep sebegini akan direalisasikan ataupun hanya kekal sebagai konsep sahaja?


TIPS & ULASAN