Carian
Rekod Dunia Edisi Permainan Video Kini Kembali Kali Ke-Lima
January 22, 2012 Aman

Dunia permainan video dijangka akan terus berkembang dengan drastik sepanjang tahun ini, dan sebagai permulaan, Guinness World of Record telah pun mengeluarkan koleksi rekod dunia edisi khas untuk Gamers, membawakan pelbagai rekod dunia dalam industri permainan video, termasuk salah satunya adalah rekabentuk alat kawalan konsol terbesar di dunia.

Untuk pengguna tempatan, salah satu rekod dunia yang dipegang oleh Malaysia adalah berkaitan dengan permainan Angry Birds daripada Rovio yang hangat pada pelbagai platform sejak beberapa tahun ini.

Rekod dunia tersebut, dimana merupakan rekod dunia untuk bilangan paling ramai bermain permainan mudah-alih secara silih berganti, telah dijayakan oleh lebih 2030 orang pada bulan Jun yang lepas. Perkara tersebut turut dijayakan oleh Nokia Malaysia, dan telah diadakan di Kuala Lumpur. Bagi yang berminat, anda boleh lihat rekod penuh berkaitan yang disediakan pada halaman khas untuk Gamers.

Jadi, adakah sebarang rekod dunia baru akan terus ditambah oleh para pengguna tempatan sepanjang tahun ini dalam industri permainan video?

Komen