Cari @ Amanz

Sebelum ini, kami pernah memperkenalkan salah satu aplikasi untuk membuat persembahan secara menarik, iaitu Prezi. Selain daripada Prezi, salah satu aplikasi web yang turut sama menawarkan cara untuk mempersembahkan pelbagai kandungan dalam bentuk interaktif dan menarik adalah Projeqt.

Berbeza dengan Prezi, Projeqt masih mengekalkan cara lama untuk persembahan, tanpa sebarang animasi yang hebat dan sebagainya. Namun, salah satu perkara menarik mengenai Projeqt adalah ia membolehkan para pengguna mengintegrasikan pelbagai data, seperti teks, RSS dari laman web, video, serta turut membolehkan menyertakan Tweet daripada sesuatu akaun terus pada persembahan anda. Ia juga turut membolehkan penyertaan audio, dan jga data dari Google Maps dan lain-lain.

Projeqt juga turut sama dioptimasikan untuk pelbagai skrin, membolehkan anda mempersembahkan fail persembahan anda terus pada tablet, desktop mahupun pada telefon pintar dengan mudah.

Bagi mereka yang berminat, mungkin anda boleh mencuba Projeqt secara percuma hari ini, dan mula membangunkan fail persembahan anda dengan pelbagai data masa-nyata seperti dari Twitter, YouTube, Flickr, Vimoe, RSS dan banyak lagi.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd