Nampaknya, dunia perkongsian fail akan berubah dalam minggu-minggu akan datang. Selepas MegaUpload dikenakan tindakan dan ditutup serta-merta, kini Filesonic mengambil langkah berjaga-jaga dimana telah mengubah konsep laman mereka, daripada laman perkongsian fail, kepada laman storan fail peribadi sahaja.
Melalui laman utama FileSonic, mereka hanya memaparkan mesej, mengatakan kesemua fungsi perkongsian telah dimatikan, dan perkhidmatan mereka hanya boleh digunakan untuk memuat-naik dan mendapatkan fail-fail yang dimuat-naik oleh seseorang pengguna sahaja.
Ini sekaligus menjadikannya sebagai laman storan berasaskan awan, membolehkan anda membuat salinan fail untuk diakses melalui sebarang komputer, seperti Dropbox dan Box.net.
Mungkinkah kita akan melihat lebih banyak perkhidmatan mengikut jejak seperti FileSonic selepas ini?