Carian
Kemaskini Android 4.0 ICS Untuk Transformer Prime Pada Pertengahan Februari
January 23, 2012 Aman

Bagi para pengguna tempatan yang baru sahaja membeli tablet terkini daripada Asus, iaitu Transformer Prime, yang mula dijual pada minggu lepas, mungkin anda boleh bergembira, dimana hari ini, pihak Asus melalui laman Facebook mereka telah pun mengumumkan yang mana kemaskini Android 4.0 Ice Cream Sandwich akan diperkenalkan untuknya bermula pertengahan bulan Februari kelak.

Sebelum ini, pihak Asus sendiri pernah mengatakan yang mana kemaskini tersebut telah pun bersedia dan hanya menantikan pengesahan daripada Google sahaja buat masa ini.

Melalui Android 4.0 ia membawakan beberapa perubahan besar dan drastisk, terutamanya daripada antaramuka. Namun, memandangkan para pengguna tablet sebelum ini menggunakan Android Honeycomb, perubahan yang kelihatan mungkin tidak begitu drastik berbanding pengguna telefon pintar Android.

Komen