Cari @ Amanz

Dengan tahun 2011 yang agak menyedihkan buat pihak Research In Motion, ramai yang menantikan perubahan besar daripada pembuat peranti BlackBerry tersebut. Sebelum ini, beberapa ura-ura kedengaran berkenaan dengan pengambil-alihan syarikat tersebut. Walaupun kesahihannya tidak diketahui, kini RIM membuat perubahan besar, dengan memperkenalkan CEO baru, Thorsten Heins.

Dengan perubahan pentadbiran, mungkin kita akan dapat melihat sesuatu perubahan daripada pihak pembangun BlackBerry tidak lama lagi. Salah satu perkara yang dinantikan adalah platform baru mereka yang berasaskan QNX, iaitu BlackBerry 10.

Buat masa ini, masih tiada sebarang tarikh pasti mengenai bilakah ianya akan dilancarkan bersama-sama dengan peranti baru mereka. Namun, salah satu perkara yang diketahui, Research In Motion kini bersedia untuk melesenkan perisian mereka itu kepada pembangun peranti lain, sekaligus membolehkan mereka memberikan akses kepada BlackBerry Messenger, dan beberapa kelebihan lain pada platform tersebut di peranti lain.

Melalui perubahan ini juga, mungkin CEO baru akan sedikit tertekan untuk menaikkan kembali jenama BlackBerry itu sendiri.

Walauapa pun, sama-sama kita nantikan perkembangan sihat daripada salah satu syarikat pengeluar peranti terkemuka ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd