Laman sosial merupakan salah satu kegilaan pada zaman sekarang, dimana ianya didahului oleh Facebook yang menjadi gergasi kepada laman sosial. Namun, ia tidak menghalang daripada laman-laman baru dibangunkan, dan salah satunya yang mendapat sokongan Dana Belia sejak daripada tahun lepas adalah RakanSukan.
Namun, amat mendukacitakan adalah kerana pembangunnya seperti gagal memasarkan laman sosial tersebut dengan betul. Ketika artikel ini ditulis, bilangan angka pengguna berdaftar yang diperlihatkan pada laman RakanSukan adalah hanya lebih kurang 432 orang sahaja, salah satu angka yang amat mendukacitakan sekali untuk laman yang mendapat dana sebanyak RM150,000 daripada kerajaan.
Pada awal bulan ini juga, pihak RakanSukan juga turut sama telah mengumumkan kerjasama dengan pihak I Luv Islam. Namun masih tiada sebarang perkembangan mengenai apakah kerjasama tersebut, dan bagaimanakah kedua-dua pihak akan mendapat keuntungan daripadanya.
Melalui laman utama RakanSukan juga, ia diperlihatkan mereka akan melancarkan perkhidmatan mereka sepenuhnya pada bulan Januari. Ia tidak diketahui adakah ianya akan diteruskan ataupun ditangguhkan oleh pihak mereka. Sama-sama kita nantikan perkembangan salah satu laman sosial tempatan ini.