Selepas FileSonic mematikan fungsi perkongsian pada laman mereka, kini FileServe turut melakukan perkara yang sama, dimana beberapa pengguna telah pun mula diperlihatkan dengan mesej mengatakan yang mana FileServe hanya memfokuskan kepada perkongsian dan storan peribadi sahaja.
Sejak daripada awal hari ini, beberapa perubahan mula kelihatan, dimana FileServe turut diperkatakan memadam fail-fail yang disimpan oleh pengguna, selain turut memadam akaun-akaun pengguna. Dan kini, dengan memperlihatkan mesej ini, mungkin kini ramai sudah sedia maklum dengan pendirian pihak FileServe sendiri.
Minggu ini merupakan salah satu minggu yang amat menyedihkan para pengguna laman storan atas talian, dimana laman MegaUpload telah pun dipadam terus dari internet, selain FileSonic menghentikan fungsi perkongsian mereka, dan kini diikuti oleh FileServe.
Sebelum ini, pada tahun lepas, pihak SKMM sendiri telah menghalang akses kepada laman-laman perkongsian, termasuk MegaUpload dan juga FileServe.
Terima kasih Fauzi.