Carian
Ibu.my – Laman Komuniti Untuk Para Ibu Kini Dalam Pembangunan
January 23, 2012 Aman

Dengan para ibu yang ramai diantara mereka adalah suri rumah, mungkin mereka memerlukan salah satu tempat khas untuk berinteraksi dengan yang lain. Melalui idea tersebut salah satu laman sosial dan komuniti tempatan dibangunkan, dikenali sebagai Ibu.my. Ia masih boleh dikategorikan sebagai masih dalam pembangunan memandangkan beberapa bahagian padanya masih tidak seiap sepenuhnya lagi.

Daripada apa yang dapat dilihat, laman Ibu.my ini juga dijangka akan mengintegrasikan sokongan Facebook Connect, memudahkan para pengguna mendaftarkan diri untuk perkhidmatan tersebut. Namun, fungsi tersebut masih dalam pembangunan dan hanya kelihatan beberapa kod awal integrasinya sahaja.

Info lanjut berkaitan laman tersebut juga tidak diketahui, memandangkan mungkin ia masih lagi pada peringkat pembangunan awal, dan masih belum sedia sepenuhnya lagi.

Mungkin kita akan dapat melihat lebih banyak perkembangan dan maklumat lanjut berkaitan dengan laman Ibu.my ini dalam masa terdekat nanti.

Komen