Laman video terkemuka milik Google, iaitu YouTube, terus memperlihatkan peningkatan drastik dari hari ke hari, dimana sejak 8 bulan terakhir ini, YouTube menunjukkan peningkatan sebanyak 25%, dimana pada hari ini, video di YouTube ditonton sebanyak lebih 4 billion kali setiap hari, salah satu angka yang sukar dicapai oleh mana-mana perkhidmatan.
Melalui laporan yang dikeluarkan, angka statistik yang turut menarik minat adalah dimana secara purata, video sepanjang 60 jam dimuat-naik ke YouTube pada setiap minit. Walaubagaimanapun, dari segi penjanaan wang, Google hanya menjana daripada lebih kurang 3 billion video sahaja seminggu, suatu angka yang amat sedikit sekali.
Pada masa yang sama, mungkin pencapaian oleh Google ini adalah salah satunya daripada pengenalan laman-laman berasaskan negara. Pada tahun lepas, Google telah melancarkan laman YouTube Singapura, dan YouTube Fillipina, selain turut memberikan idea, YouTube Malaysia bakal menjelang tiba pada tahun ini.