Anonymous Ingin Melancarkan Perkhidmatan Perkongsian Fail Tersendiri?

Anonymous Ingin Melancarkan Perkhidmatan Perkongsian Fail Tersendiri?

Diterbitkan pada Jan 24, 2012 oleh .

Sejak daripada hari Jumaat yang lepas, topik laman perkongsian fail hangat diperbincangakan dipelbagai forum, dan juga laman sosial. Ianya adalah kerana laman MegaUpload telah dipadam sepenuhnya daripada arena internet, dan menjadikan persoalan mengenai laman-laman perkongsian yang lain. Dan sebagai langkah alternatifnya, kumpulan hacktivist terkemuka, Anonymous seperti ingin melancarkan perkhidmatan tersendiri, dinamakan sebagai Anonyupload.

Seperti semua sedia maklum, kumpulan Anonymous amat ramai, dan mungkin ini merupakan salah satu usaha daripada sebahagian ahli kumpulan tersebut. Perkara ini tida diketahui adakah akan dilancarkan sebenar-benarnya ataupun hanya gimik semata-mata.

Daripada laman yang boleh diakses melalui Anonyupload.com dan juga AnonyVideo.com, ia menunjukkan mesej mengatakan perkhidmatan tersebut akan dilancarkan pada 25 Januari kelak, dan pelayannya akan dihoskan di Rusia, menjadikannya tidak tertakluk dengan undang-undang Amerika Syarikat.

Walaubagaimanapun, seperti diperkatakan sebelum ini, ianya tidak diketahui adakah ianya hanya gimik semata-mata ataupun adakah ianya akan dilancarkan sebetulnya.


TIPS & ULASAN