Carian
Joomla 2.5 Bakal Membawakan Pelbagai Fungsi Baru
January 24, 2012 Aman

Joomla pada tahun lepas, telah pun mengubah cara pembangunan mereka, dimana versi baru disasarkan untuk setiap enam bulan, dan kini Joomla 2.5 hampiri pelancarannya, membawakan pelbagai kemaskini pada platform popular tersebut. Sekiranya semua berjalan lancar, mungkin kita akan dapat melihat ianya dilancarkan sebelum penghujung bulan Januari ini.

Melalui Joomla 2.5, ia menyertakan pelbagai fungsi baru, dan antara yang utama adalah sokongan pengkalan data yang pelbagai. Sehingga kini, Joomla hanya menyokong MySQL dan untuk gunakan pengkalan data lain, perubahan perlu dilakukan. Namun bermula daripada Joomla 2.5, para pengguna boleh menggunakan pelbagai jenis pengkalan data SQL, termasuk MS SQL, PostgreSQL, Oracle, SQLIte dan lain-lain.

Selain itu, Joomla 2.5 juga turut menyertakan sokongan carian yang baru, membolehkan carian dilakukan dengan lebih menyeluruh dan pantas lagi, serta menyertakan penyelesaian automatik. Dan pada masa yang sama, ia Joomla 2.5 juga turut menyertakan sokongan notifikasi kemaskini, membolehkan para pengguna mengemaskini pemasangan Joomla mereka, mahupun extension dengan hanya satu klik, sekaligus menjadikan pemasangan Joomla mereka lebih selamat dan tidak terdedah kepada masalah sekuriti.

Joomla 2.5 disasarkan untuk pelancaran pada bulan Januari ini, dan untuk senarai penuh fungsi yang dibawakan bersama olehnya, anda boleh rujuk kepada halaman rasmi yang disediakan di Joomla.org.

Terima kasih Zulhilmi.

Komen