Cari @ Amanz

Bagi yang suka mengembara, dan hanya mengisi minyak daripada stesen Petronas, mungkin anda boleh memuat-turun aplikasi terbaru yang dibangunkan bersama oleh Petronas, dimanakan sebagai Petronas PitStop, menyenaraikan lebih daripada 900 stesen minyak Petronas di seluruh Malaysia.

Melalui aplikasi tersebut juga, para pengguna boleh membuat carian produk-produk yang ditawarkan disesuatu stesen, dari segi minyak yang ditawarkan, termasuk produk-produk tambahan seperti ATM yang disediakan, kemudahan tandas, dan sebagainya.

Menariknya, ia juga disertakan dengan sokongan GPS, membolehkan anda mencari stesen Petronas berdekatan, serta mengetahui laluan dan jarak ke sana terus melalui aplikasi tersebut.

Bagi para pengguna iOS, anda boleh memuat-turun aplikasi Petronas PitStop secara percuma daripada AppStore. Pihak pembangunnya juga turut mengatakan versi Android akan menyusul tidak lama lagi.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd