Carian
Nokia Telah Mula Mendominasi Jualan Peranti Windows Phone
January 24, 2012 Aman

Nampaknya, mungkin kerjasama antara Microsoft dan Nokia bakal mencapai salah satu perkara yang baru, dimana melalui data rambang yang dikumpulkan, ia kelihatan Nokia kini menghampiri 50% daripada pegangan pasaran untuk pasaran peranti Windows Phone 7 generasi kedua.

Untuk makluman semua, Nokia masih belum melancarkan peranti mereka diseluruh dunia lagi, termasuk Malaysia. Untuk pasaran Malaysia, ia disasarkan untuk dilancarkan bersama-sama dengan Marketplace, sekaligus memberikan nilai menyeluruh kepada peranti yang dijual oleh mereka.

Selain daripada Nokia, nama besar yang lain adalah termasuk HTC dan juga Samsung. Namun, kedua-dua syarikat tersebut seperti tidak memfokuskan kepada Windows Phone secara menyeluruh seperti mana yang dilakukan oleh Nokia.

Di Malaysia, peranti Nokia Lumia disasarkan untuk pelancaran pada awal Februari. Harga jualan dan tarikh pasti masih tidak diketahui. Namun, ura-ura awal mengatakan ianya akan dijual bermula 10 Februari kelak.

Komen