Cari @ Amanz

Salah satu kelebihan pada iPhone 4S adalah sokongan bantuan pintar, dinamakan sebagai Siri. Sejak daripada itu, pelbagai aplikasi yang seumpamanya diperkenalkan. Dan berbeza dengan beberapa aplikasi sebelum ini, Evi kini dilancarkan pada platform iOS dan juga Android, memberikan cabaran hebat kepada Siri dengan menyediakan pelbagai maklumat berguna melaluinya.

Namun, sama seperti Siri, informasi berkaitan perkara tempatan, seperti berita, lokasi menarik dan sebagainya masih hanya tertakluk kepada pengguna Amerika Syarikat dan England sahaja.

Walaubagaimanapun, beberapa fungsi seperti menambah aturcara pada kalendar dan beberapa perkara laig masih tidak disokong pada Evi. Namun, ia mungkin tidak mengambil masa yang lama, sebelum ianya disokong.

Bagi para pengguna iOS yang berminat, anda boleh memuat-turunnya pada harga $0.99 daripada Apple AppStore, manakala pengguna Android boleh memuat-turun versi betanya secara percuma daripada Android Market.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd