Bermula daripada September yang lepas, UMobile telah pun memulakan tawaran untuk modem mudah-alih MiFi dengan kepantasan 21Mbps dan juga modem biasa 42Mbps. Namun, sehingga kini kami sendiri masih belum mencubanya secara peribadi. Tetapi, daripada salah satu video yang diperlihatkan, ia menunjukkan pengguna dapat kelajuan purata penggunaannya sekitar 2.5Mbps melalui penggunaan modem 21Mbps.
Ianya berfungsi sama seperti beberapa modem mudah-alih yang lain, dimana membolehkan para pengguna boleh berkongsi talian melalui WiFi bersama lebih 5 peranti yang berbeza.
Walaubagaimanapun, ia masih bergantung kepada lokasi, dan boleh diperkatakan setiap lokasi mempunyai kelajuan yang berbeza. Menurut Fadlisham yang menguji peranti tersebut, MiFi 21Mbps daripada UMobile ini memberikan kepantasan yang seragam, dan tidak mengecewakan. Namun, salah satu masalahnya adalah dimana ia memerlukan pengguna untuk menghubungkan modem ke PC untuk menaip Pin SIM tersebut, dan bukannya hanya sekali seperti yang lain.
Oleh: Fairuz Bakar