Cari @ Amanz

Berbeza dengan cara pemasaran sebelum-sebelum ini, kini Nokia Malaysia membawakan konsep berbeza untuk peranti Windows Phone mereka, Nokia Lumia. Jikalau sebelum ini, mereka jarang sekali mengeluarkan atau mempamerkan peranti mereka sebelum dilancarkan, ianya berbeza kali ini, dimana peranti Nokia Lumia sudah pun mula kelihatan di kebanyakkan Nokia Store seluruh negara.

Ia kelihatan yang mana Nokia Malaysia sudah pun mula mempamerkan peranti Nokia Lumia mereka di kebanyakkan Nokia Store utama seluruh dunia, membolehkan para pengguna hadir dan mencuba peranti tersebut, sebelum ianya dilancarkan secara rasmi tidak lama lagi.

Namun, dua perkara yang masih lagi dirahsiakan oleh Nokia Malaysia adalah harga dan tarikh pelancarannya. Ura-ura mengatakan yang mana Nokia mungkin akan melancarkannya pada 10 Februari kelak. Mungkin juga kita akan dapat melihatnya lebih awal, ataupun lebih lambat. Berkemungkinan juga pelancarannya bergantung kepada pelancaran Marketplace oleh Microsoft di Malaysia.

Walauapa pun, bulan Februari kelak, semestinya salah sebuah bulan yang menarik untuk para peminat Nokia, dimana selain pelancaran Nokia Lumia di Malaysia, kemaskini Nokia Belle juga dijangka akan diperkenalkan pada bulan tersebut.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd