Joomla 2.5 Kini Sedia Untuk Dimuat-Turun Oleh Semua

Joomla 2.5 Kini Sedia Untuk Dimuat-Turun Oleh Semua

Diterbitkan pada Jan 24, 2012 oleh .

Seperti yang dilaporkan oleh kami pada awal pagi tadi, kini Joomla 2.5 sudah pun sedia untuk dimuat-turun oleh semua, dan sekiranya anda merupakan pengguna sedia ada untuk Joomla, anda boleh menaik-taraf daripada versi Joomla 1.7 yang dilancarkan pada bulan Julai yang lepas kepada Joomla 2.5 yang dilancarkan pada hari ini.

Menurut pembangunnya, kini Joomla menjana lebih daripada 1.6 juta laman web seluruh dunia, dan kebanyakkan laman-laman web kerajaan di Malaysia dijana oleh Joomla. Pada masa yang sama, kebanyakkan universiti turut menggunakan Joomla dalam pembelajaran pembangunan web.

Melalui Joomla 2.5, ia menyertakan sokongan notifikasi automatik sekiranya terdapat kemaskini untuk sebarang extension ataupun sekiranya terdapat kemaskini sekuriti untuk Joomla. Pada masa yang sama, ianya juga turut membawakan sokongan untuk menggunakan pelbagai jenis pengkalan data SQL, serta enjin carian utama yang dinaik-taraf padanya.

Bagi mereka yang berminat, anda boleh memuat-turun Joomla 2.5 hari ni daripada laman rasmi Joomla, dan mula menggunakannya hari ini.


TIPS & ULASAN