Cari @ Amanz

Setelah memperkenalkan antaramuka profil baru, dinamakan sebagai Facebook Timeline sebelum ini, kini Facebook telah pun mengumumkan melalui blog mereka, dimana ianya akan diperkenalkan kepada semua pengguna dan diaktifkan secara automatik dalam masa beberapa minggu lagi, sekaligus mematikan rekabentuk profil Facebook yang lama.

Namun, sama seperti biasa, para pengguna yang diaktifkan, akan diberikan tempoh selama 7 hari sebelum Timeline tersebut diperlihatkan kepada semua rakan-rakan mereka yang lain, membolehkan mereka mengubah dan memadam sebarang perkara yang tidak diingini.

Melalui Facebook Timeline diperkenalkan kepada semua, ianya sekaligus memberikan peluang untuk lebih ramai memfokuskan kepada pembangunan aplikasi OpenGraph, serta pada masa yang sama, menjadikan Facebook lebih menarik lagi, dan mencatatkan segala aktiviti anda di web-web luar, seperti mendengar lagu, menonton video, membaca artikel dan sebagainya.

Bagi mereka yang inginkan antaramuka Facebook Timeline serta-merta, anda boleh ke laman rasmi Timeline, dan aktifkannya hari ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd