Semalam, berita mengenai AnonyUpload mula kedengaran, dimana ianya muncul sebagai alternatif kepada MegaUpload yang telah dimatikan oleh pihak berkuasa, dan dibangunkan oleh Anonymous – kumpulan hacktivist terbesar dunia. Namun, nampaknya ianya hanyalah sebuah laman scam, dan tiada kaitan secara langsung dengan Anonymous.
Ia boleh diperkatakan yang mana kumpulan Anonymous tiada sebarang ketua, dan sesiapa jua boleh menjadi Anonymous. Namun beberapa keputusan oleh kumpulan tersebut dilakukan melalui perbincangan di IRC, dan mungkin terdapat beberapa fasa untuk siapa boleh melakukan keputusan dan menggunakan nama mereka dan sebagainya.
Melalui Tweet yang dihantar melalui akaun @YourAnonNews, ia kelihatan, AnonyUpload tidak mendapat sokongan secara langsung daripada pihak Anonymous. Namun, sama-sama kita nantikan adakah ianya akan dilancarkan pada 25 Januari ini seperti yang diperkatakan, ataupun sebaliknya.
FYI – We have NO affiliation with this site, and by the looks of it, this is a SCAM – anonyupload.com
— Anonymous (@YourAnonNews) January 24, 2012
Terima kasih Nashrul