Ubuntu 12.04 Bakal Mengantikan Menu Lama Dengan HUD

Ubuntu 12.04 Bakal Mengantikan Menu Lama Dengan HUD

Diterbitkan pada Jan 25, 2012 oleh .

Ubuntu versi akan datang bakal dilancarkan pada bulan April kelak, dan dikenali sebagai Ubuntu 12.04 (Precise Pangolin), dan semestinya ramai yang menantikan apakah yang bakal dibawakan olehnya. Dan sebagai memberikan idea awal, Mark Shuttleworth melalui blog beliau telah pun mengumumkan salah satu fungsi baru padanya, dinamakan sebagai HUD (Head-Up Display).

HUD ini kelak akan mengantikan menu lama yang digunakan pada Ubuntu, sekaligus memudahkan akses oleh para pengguna kepada pelbagai perkara, selain turut mengawal aplikasi terus melaluinya.

Menurut Mark Shuttleworth, HUD telah dibangunkan selama 18 bulan, yang mana akan merevolusikan dunia perkomputeran sepenuhnya. Mungkin ianya juga merupakan salah satu sebab mengapa Ubuntu memperkenalkan dan menggunakan antaramuka Unity.

Melalui demo ringkas yang diperlihatkan, melalui HUD, para pengguna boleh dengan pantas mengawal dan membuat pelbagai tugasan dengan hanya menaip sahaja. Sebagai contoh, ketika melayari laman web menggunakan pelayar, anda boleh hanya menaip ingin bookmark ataupun sebagainya, dan ianya akan dilakukan secara automatik.

Walaupun ia kelihatan sedikit jangal pada hari ini, mungkin ianya akan relevan pada masa akan datang. Jadi, adakah anda gemarkan HUD?


TIPS & ULASAN