Bagi yang sedia mengikuti laman Amanz, mungkin anda sedia maklum yang mana Anugerah NEF-Awani 2011 bakal diadakan pada bulan Februari kelak, menyaksikan pelbagai syarikat dan produk tempatan bersaing dalam pelbagai pilihan kategori yang berbeza. Secara ringkasnya, berikut merupakan antara syarikat-syarikat menarik yang bertanding dalamnya.
Evenesis
Evenesis menyediakan aplikasi pengurusan khas untuk iOS dan juga iPad, dimana melaluinya mereka memudahkan pengurusan majlis daripada mengetahui bilangan hadirin, dan pelbagai data menarik lain lagi.
BigBeak Pictures
Seperti pada namanya, ia memfokuskan kepada penghasilan media yang disasarkan kepada penonton kanak-kanak, dan mensasarkan untuk melancarkan aplikasi mereka seawal bulan Jun kelak. Salah satu aplikasi yang disasarkan untuk dilancarkan adalah termasuk aplikasi iOS untuk tujuan pembelajaran dalam bentuk buku digital.
Madcat World
Madcat World merupakan pembangun yang memfokuskan kepada aplikasi-aplikasi bercirikan Islam, dan mereka buat masa ini dilihat hanya menghasilkannya untuk platform Symbian, iaitu platform yang digunakan oleh paling ramai pengguna di Malaysia. Mereka juga turut sama menghasilkan sebuah laman sosial, memfokuskan para pengguna Islam.
Hud Hud Media
Hud Hud Media turut sama bertanding dalam NEF-Awani 2011 melalui produk mereka yang lebih kepada animasi dalam bentuk 3D. Untuk tahun ini, mereka mempunyai beberapa produk yang disasarkan untuk dilancarkan dan ditayangkan melalui kaca televisyen tempatan.
CouponHouz
Salah satu penyedia kupon harian dengan konsep berbeza, CouponHouz turut bertanding dalam dua kategori berbeza. Baru-baru ini juga, CouponHouz telah menjenamakan diri mereka semula sebagai CouponXcess, membawakan beberapa fungsi tambahan kepada perkhidmatan mereka.
HezMedia Interactive
HezMedia merupakan salah satu pembangun tempatan yang memfokuskan kepada penghasilan aplikasi iOS bergenrekan permainan. Buat masa ini, mereka mempunyai beberapa aplikasi dalam pembangunan, dan salah satu yang telah dilancarkan adalah Ah Long Attack.
Tulus Fikir
Tulus Fikir merupakan salah satu syarikat tempatan yang memfokuskan kepada penghasilan animasi bercirikan tempatan dalam bentuk 3D. Sehingga kini, mereka telah menghasilkan beberapa animasi, dan untuk tahun ini, mereka mensasarkan untuk melancarkan animasi Haiya Bid Doa.
Jayonik MSC
Ujian kereta pada hari ini, di atas litar boleh dikatakan sebagai kurang realistik berbanding pemanduan kereta sebenar. Perkara ini cuba diatasi oleh Jayonik MSC dengan menyediakan simulasi pemanduan kereta realistik melalui peralatan mereka.
Innovacia
Perisian tempatan yang bercirikan antarabangsa terdapat banyak dipasaran, namun tidak didedahkan kepada pengguna. Salah satunya adalah TiffinCAD daripada Innovacia, yang kami lihat menawarkan pelbagai fungsi menarik untuk yang memerlukan aplikasi CAD pada komputer mereka.
IdotTV
Salah satu syarikat pembangun tempatan, memfokuskan kepada penghasilan kandungan multimedia yang dioptimasikan kepada telefon bimbit dan juga telefon pintar.
VisualXtreme
Bagi yang sedia mengikuti laman Amanz, mungkin anda sedia maklum yang mana Anugerah NEF-Awani 2011 bakal diadakan pada bulan Februari kelak, menyaksikan pelbagai syarikat dan produk tempatan bersaing dalam pelbagai pilihan kategori yang berbeza. Secara ringkasnya, berikut merupakan antara syarikat-syarikat menarik yang bertanding dalamnya.
Universe Digital Library
Universe Digital Library atau secara singkatannya, UDL, memfokuskan kepada penghasilan perpustakaan dalam bentuk digital, dan juga membangunkan pengkalan data senarai buku, serta membawakan ciri-ciri tempatan, serta menyertakan senarai buku tempatan pada platform mereka.
…
Bagi anda yang berminat dengan produk-produk yang dihasilkan, mungkin anda boleh lakukan undian terus melalui halaman rasmi mereka di Facebook, sebelum ianya ditamatkan pada petang ini.