Google Mengemaskini Polisi Privasi – Menjadikannya Serasi Pada Semua Perkhidmatan

Google Mengemaskini Polisi Privasi – Menjadikannya Serasi Pada Semua Perkhidmatan

Diterbitkan pada Jan 25, 2012 oleh .

Jikalau sebelum ini, setiap perkhidmatan Google mempunyai polisi yang berbeza-beza untuk setiap perkhidmatan mereka, kini mereka ingin menjadikannya serasi, dan memfokuskannya kepada satu polisi yang mudah difahami oleh semua. Polisi baru ini akan mula diperkenalkan kepada semua bermula daripada 1 Mac kelak.

Menurut Google, hari ini, mereka mempunyai lebih 70 dokumen polisi berbeza untuk pelbagai produk mereka. Perkara ini mungkin menjadikan pengguna sukar untuk mengikuti setiap satu. Dengan Google yang kini memfokuskan kepada pendaftaran masuk hanya menggunakan akaun Google pada setiap perkhidmatan mereka, menjadikan polisi serasi pada setiap perkhidmatan merupakan salah satu langkah bijak.

Mungkin ini juga merupakan salah satu langkah awal Google sebelum mereka memfokuskan dengan lebih mendalam mengenai laman sosial mereka, Google+.


TIPS & ULASAN