Apple Terus Mengukuhkan Kedudukan Dalam Arena Industri IT

Apple Terus Mengukuhkan Kedudukan Dalam Arena Industri IT

Diterbitkan pada Jan 25, 2012 oleh .

Tim CookApple terus meluaskan kekayaan mereka pada suku tahun yang lepas, dimana melalui laporan kewangan yang dikeluarkan oleh mereka pada awal pagi ini, Apple telah menjana lebih daripada $13.06 billion dalam bentuk keuntungan, angka terbesar dalam sejarah syarikat tersebut sehingga ke hari ini, menewaskan pelbagai syarikat teknologi yang lain.

Dari segi angka jualan peranti mereka sepanjang suku tahun yang lepas, berikut merupakan angka yang dikeluarkan oleh mereka:

  • iPhone : 37.04 juta
  • iPad : 15.43 juta
  • Mac : 5.3 juta
  • iPod : 15.4 juta
  • Apple TV : 1.4 juta

Dari segi dunia perisian dan aplikasi pula, menurut Apple, mereka menjana lebih daripada $1.2 billion terus daripada iTunes sahaja, dimana ianya kini mempunyai lebih daripada 20 juta lagu. Perkhidmatan storan awan mereka pula kini mempunyai lebih daripada 85 juta pengguna dan iBooks Author yang dilancarkan baru-baru ini oleh Apple telah menjana lebih daripada 600,000 muat-turun, sekaligus memperlihatkan masa depan yang cerah untuk dunia buku digital.

Dalam masa terdekat ini, Apple diura-ura akan melancarkan iPad generasi baru, sekaligus mungkin akan terus menambah kepada angka keuntungan yang dijana mereka sepanjang suku tahun akan datang.


TIPS & ULASAN