Nokia Lumia 910 Dengan Kamera 12 Megapixel Pada Bulan Mei Kelak?

Nokia Lumia 910 Dengan Kamera 12 Megapixel Pada Bulan Mei Kelak?

Diterbitkan pada Jan 25, 2012 oleh .

Peranti Nokia Lumia 900 masih lagi belum disahkan sepenuhnya akan memasuki pasaran Malaysia memandangkan ianya menggunakan rangkaian LTE yang masih belum didapati di Malaysia secara komersial. Dan menariknya, kini ura-ura berkenaan dengan Nokia Lumia 910 sudah mula kedengaran.

Nokia Lumia 800

Ia diperkatakan Nokia Lumia 910 akan memasuki pasaran Eropah sekitar bulan Mei 2012 kelak. Namun, tidak diketahui adakah ianya akan menggunakan rangkaian LTE juga, ataupun GSM. Satu-satunya informasi yang diketahui adalah dimana ianya akan membawakan kamera 12 megapixel bersama-sama dengannya.

Walaubagaimanapun, seperti biasa, perkara ini tidak disahkan oleh Nokia buat masa ini. Untuk pasaran Malaysia, Nokia Lumia 800 dan Lumia 710 disasarkan untuk dilancarkan dalam beberapa minggu lagi, dengan set ujian sudah boleh didapati dikebanyakkan Nokia Store utama seluruh negara.


TIPS & ULASAN