Xbox Generasi Akan Datang Lebih Enam Kali Ganda Berkuasa Berbanding Xbox 360?

Xbox Generasi Akan Datang Lebih Enam Kali Ganda Berkuasa Berbanding Xbox 360?

Diterbitkan pada Jan 25, 2012 oleh .

Pelbagai ura-ura berkaitan dengan konsol generasi akan datang daripada Microsoft mula kedengaran akhir-akhir ini, dan terkini ia diperkatakan, Xbox generasi akan datang, yang lebih dikenali sebagai Xbox 720 itu akan membawakan kuasa pemprosesan lebih enam kali ganda berbanding versi sekarang ini.

Ia turut sama diperkatakan Xbox generasi baru itu kelak akan mula dijual bermula daripada Oktober atau November tahun 2013 kelak. Ia disasarkan akan membawakan sokongan kepada DirectX11, sokongan 3D dan juga paparan output 1080p. Pemprosesan GPU-nya juga diperkatakan akan menyerupai Radeon HD 6670.

Mungkin sekiranya bernasib baik, kita akan mendengar informasi berkaitan dengan konsol generasi baru daripada Microsoft ini pada acara E3 pada bulan Jun kelak.


TIPS & ULASAN