Windows Phone 8 Bakal Diperlihatkan Pada MWC 2012 Kelak?

Windows Phone 8 Bakal Diperlihatkan Pada MWC 2012 Kelak?

Diterbitkan pada Jan 25, 2012 oleh .

Dengan Mobile World Congress yang disasarkan pada penghujung Februari kelak, selain daripada ura-ura berkaitan dengan Samsung Galaxy S3 yang hangat diperkatakan, kini ura-ura berkaitan dengan Windows Phone 8 turut kedengaran, dimana ia dilaporkan, Microsoft mungkin akan memperkenalkan ataupun bercakap mengenainya pada acara tersebut.

Windows Phone 8 ataupun yang mana menggunakan nama kod Apollo disasarkan untuk pelancaran pada penghujung tahun ini. Salah satu perkara yang diperkatakan mengenainya adalah dimana ia akan menggunakan beberapa perkara daripada sistem operasi Windows 8 kelak.

Berkemungkinan kita akan dapat melihat Windows Phone 8 diintegrasikan bersama-sama dengan sistem operasi Windows yang kini dalam pembangunan. Walaupun perkara berkaitan ini pernah diperlihakan oleh Microsoft melalui beberapa video promosi, ianya tidak diumumkan dan dibincangkan secara terbuka sehingga ke hari ini.

Buat masa ini, sebarang perkara pasti masih tidak diketahui, dan semuanya masih di peringkat ura-ura lagi.


TIPS & ULASAN