Setelah hanya beberapa hari selepas muncul di App Store, ia kini kelihatan aplikasi permainan berbayar, Aku Jimat hilang daripada App Store. Buat masa ini, tiada sebab diketahui berkenaan dengan mengapakah ianya hilang, samada adakah dibuang sendiri oleh pembangunnya ataupun sebaliknya.
Melalui aplikasi Aku Jimat, sebelum ini ia membolehkan para pemain bermain dalam mengumpulkan dan berjimat cermat menggunakan duit, dalam membeli beberapa permainan, yang mana berakhir dengan pembelian hadiah paling mahal bernilai $24 juta.
Aplikasi permainan Aku Jimat sebelum ini hanya ditawarkan kepada pengguna iOS, dimana pada harga jualan $0.99, ia membawakan permainan yang ringkas serta grafik yang mencuit-hati. Aplikasi tersebut turut menjadi antara aplikasi popular yang dimuat-turun ramai pengguna tempatan sepanjang minggu lepas.
Tips daripada Ismi.