Xbox Generasi Baru Bakal Membawakan Sokongan Blu-Ray Dan Kinect 2?

Xbox Generasi Baru Bakal Membawakan Sokongan Blu-Ray Dan Kinect 2?

Diterbitkan pada Jan 26, 2012 oleh .

Lanjutan daripada ura-ura memperkatakan Xbox generasi akan datang bakal membawakan kuasa pemprosesan lebih 6 kali ganda daripada Xbox 360, kini beberapa ura-ura baru turut kedengaran. Salah satunya adalah dimana Xbox generasi akan datang bakal turut membawakan sokongan cakera Blu-Ray, sama seperti PlayStation 3.

Bersama-sama dengan Xbox generasi baru, Microsoft juga turu sama diperkatakan sedang mensasarkan untuk melancarkan Kinect versi baru, dimana melalui versi baru, ia akan didatangkan bersama-sama cip pemprosesan terbina padanya, sekaligus menjadikannya lebih efektif berbanding sekarang.

Microsoft baru-baru ini turut memperkenalkan sokongan Kinect untuk Windows, sekaligus memperlihatkan yang mana mereka akan memfokuskan kepada teknologi pengesan gerakan ini dengan lebih menyeluruh pada masa akan datang.

Xbox generasi akan datang disasarkan untuk pelancaran pada lewat 2013 ataupun pada 2014 kelak. Sehingga kini, Microsoft masih mendiamkan diri berkenaan dengan Xbox generasi baru ini.


TIPS & ULASAN