Cari @ Amanz

Salah satu aplikasi tempatan yang menawarkan sokongan untuk membuat tempahan meja makan di beberapa restoran sekitar Lembah Klang adalah TableFour.us. Dan kini ia kelihatan mereka dalam proses memperkenalkan kemaskini baru untuk aplikasi mereka, bersama-sama dengan logo yang serba baru untuk aplikasi mereka.

Ia tidak diketahui mengapakah berlakunya perubahan pada logo TableFour.us buat masa ini. Namun, melalui aplikasi baru yang bakal diperkenalkan tidak lama lagi itu untuk platform iOS, ia bakal membawakan sokongan integrasi Facebook bersama-sama dengannya.

Pada masa yang sama, mereka juga dalam proses membangunkan aplikasi Symbian, dan mungkin kita akan dapat melihat sokongan untuk beberapa platform lain turut diperkenalkan sepanjang tahun ini.

Sama-sama kita nantikan pelancaran rasminya untuk mengetahui dengan lebih lanjut berkaitan dengan sokongan yang bakal dibawakan bersama-sama dengannya.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd