Galaxy S3 Tidak Akan Diperlihatkan Pada MWC Bulan Hadapan?

Galaxy S3 Tidak Akan Diperlihatkan Pada MWC Bulan Hadapan?

Diterbitkan pada Jan 26, 2012 oleh .

Galaxy SSamsung, kini diperkatakan berkemungkinan tidak akan memperkenalkan peranti utama mereka, Samsung Galaxy S3 pada acara Mobile World Congress yang bakal diadakan pada penghujung Februari kelak. Namun sebagai ganti, Samsung diperkatakan akan memperkenalkan beberapa peranti lain sebagai ganti pada acara tersebut.

Namun, seperti biasa, perkara ini masih pada peringkat ura-ura awal, tanpa sebarang komen daripada pihak Samsung. Menurut laporan yang dikeluarkan, ia diperkatakan Samsung akan melancarkan peranti Android 4.0 lain sebagai ganti pada acara tersebut. Beberapa spekulasi juga mengatakan Samsung bakal memperlihatkan peranti Windows Phone pada acara tersebut.

Walaubagaimanapun, seperti biasa, mungkin seminggu atau dua sebelum acara tersebut, kita akan dapat lihat video promosi daripada pihak Samsung, yang akan memberikan idea awal untuk apa yang bakal dilancarkan oleh mereka pada acara Mobile World Congress kelak.


TIPS & ULASAN