Anonyupload.com Dibuka Untuk Pendaftaran – Mengesahkan Bukan Ahli Anonymous

Anonyupload.com Dibuka Untuk Pendaftaran – Mengesahkan Bukan Ahli Anonymous

Diterbitkan pada Jan 26, 2012 oleh .

Dengan dunia perkongsian fail yang mendapat perhatian ramai sejak dua minggu kebelakangan ini, salah satu perkara yang melegakan hari pengguna apabila salah satu perkhidmatan baru muncul, dinamakan sebagai Anonyupload.com. Selepas beberapa kontroversi, kini laman tersebut dibuka untuk pendaftaran, dan mengatakan akan mula beroperasi sepenuhnya bermula esok.

Pada laman utama Anonyupload juga mereka menambah mesej mengatakan mereka bukan ahli Anonymous, dan perkhidmatan mereka bukanlah scam, seperti mana yang diperkatakan oleh ahli Anonymous sebelum ini. Akaun PayPal mereka juga dilihat telah ditutup oleh PayPal.

Namun, mereka masih meneruskan, dan telah membuka pendaftaran terhad kepada pengguna mereka, sebelum mengaktifkan perkhidmatan mereka sepenuhnya esok. Walaubagaimanapun, ianya mungkin sesuatu yang lebih menarik sekiranya mereka memberikan perhatian yang lebih lagi kepada antaramuka mereka.

Jadi, persoalan utama sekarang, adakah anda percaya akan laman tersebut, dan akan mendaftarkan akaun padanya, ataupun sebaliknya?


TIPS & ULASAN