Sony Tablet S Akan Dijual Bermula RM1499 Di Malaysia Tidak Lama Lagi

Sony Tablet S Akan Dijual Bermula RM1499 Di Malaysia Tidak Lama Lagi

Diterbitkan pada Jan 26, 2012 oleh .

Seperti mana yang kami laporkan sebelum ini, Sony Malaysia kini secara rasminya telah pun menyediakan halaman promosi khas, dimana dua variasi tablet Sony Tablet S ditawarkan, iaitu dalam pilihan ruangan storan 16GB dan juga 32GB. Tarikh ianya akan mula dijual dipasaran Malaysia masih lagi tidak diketahui.

Melalui Sony Tablet S, ia membawakan rekabentuk yang dioptimasikan untuk dipegang menggunakan sebelah tangan. Pada masa yang sama, tablet yang dijana menggunakan Android ini turut membawakan sokongan DLNA, membolehkan anda menghubungkan tablet tersebut dengan TV, PC, dan pelbagai peranti lain yang menyokong DLNA. Ia juga turut sama boleh digunakan sebagai alat kawalan jauh untuk mengawal pemain Blu-Ray, dan pelbagai perkara lain, samada berjenama Sony ataupun tidak.

Dari segi spesifikasi, ia membawakan cip pemprosesan dwi-teras NVIDIA Tegra 2, memori sebanyak 1GB RAM, kamera belakang 5-megapixel, kamera hadapan VGA, skrin sentuh seluas 9.4-inci, dan juga dijana menggunakan Android 3.1 Honeycomb.

Berkaitan dengan harga pula, ianya ditawarkan pada harga bermula RM1499 untuk versi 16GB dan juga RM1799 untuk versi 32GB. Tarikh ianya akan mula dijual masih lagi tidak diketahui, dan kedua-duanya akan didatangkan dengan pelindung ST Slip Case bernilai RM139 secara percuma.

Terima kasih Arif Ishak.


TIPS & ULASAN