Nokia Kerugian Sebanyak RM3.8 Billion Pada Suku Tahun Lepas

Nokia Kerugian Sebanyak RM3.8 Billion Pada Suku Tahun Lepas

Diterbitkan pada Jan 26, 2012 oleh .

Selepas Apple mengeluarkan laporan kewangan mereka awal sebelum ini, kini syarikat gergasi telefon bimbit, Nokia telah pun mengeluarkan laporan kewangan mereka untuk suku tahun yang lepas, dimana secara kasarnya, ia memperlihatkan kerugian sebanyak RM3.8 billion (€954 juta). Namun mungkinkah perkara tersebut berubah pada tahun ini?

Melalui laporan yang dikeluarkan, Nokia memperlihatkan, mereka telah menjual lebih 19.6 juta telefon pintar, dan 93.9 juta peranti mudah-alih pada suku tahun ke-empat.

Peranti Nokia Lumia yang menggunakan Windows Phone pula dilaporkan telah terjual lebih daripada 1 juta unit, dan ianya masih belum dipasarkan diseluruh dunia lagi buat masa ini. Nokia Lumia dijangka akan dilancarkan di Malaysia pada bulan hadapan, dan set ujiannya sudah pun mula kelihatan di Nokia Store tempatan seluruh negara.

Nokia pada masa yang sama disasarkan untuk melancarkan beberapa peranti baru pada Mobile World Congress pada penghujung bulan hadapan.

Dengan peranti keluarga Nokia Lumia, dan juga Symbian yang kini dijenamakan sebagai Nokia OS, mungkinkah Nokia kembali pulih sepanjang tahun 2012 ini?


TIPS & ULASAN