Nokia Menerima RM765 Juta Daripada Microsoft Untuk Sokongan Platform

Nokia Menerima RM765 Juta Daripada Microsoft Untuk Sokongan Platform

Diterbitkan pada Jan 26, 2012 oleh .

Selain daripada mengeluarkan kenyataan kewangan mereka untuk suku tahun terakhir tahun 2011, Nokia juga turut sama mengumumkan berapakah yang dibayar oleh Microsoft kepada Nokia untuk penggunaan Windows Phone pada peranti mereka. Melalui apa yang dikeluarkan, untuk suku tahun tersebut Nokia menerima sebanyak RM765 juta ($250 juta) untuk perkara tersebut.

Bayaran tersebut diterima oleh Nokia dibawah pembayaran untuk sokongan platform. Walaupun Nokia menerima bayaran daripada Microsoft, pada masa yang sama, mereka masih tertakluk untuk membayar royalti kepada Microsoft atas penggunaan Windows Phone.

Sebelum ini, ia turut diperkatakan Microsoft dan Nokia sama-sama mengeluarkan jutaan ringgit untuk tujuan pemasaran peranti Nokia Lumia, dan mungkin pada tahun ini, kita boleh melihat perkembangan positif untuk kerjasama antara kedua-dua gergasi ini.


TIPS & ULASAN