Zynga Membawa Permainan Nostalgia – Binggo Ke Arena Facebook

Zynga Membawa Permainan Nostalgia – Binggo Ke Arena Facebook

Diterbitkan pada Jan 27, 2012 oleh .

Yayy! Itu adalah reaksi kami apabila ketahui akan Zynga kini membawakan permainan yang ramai gemarkan ketika bangku sekolah dahulu, iaitu Binggo. Mengekalkan nama yang dikenali ramai, Zynga Binggo kini masih lagi dalam bentuk beta tertutup, dan bakal diperkenalkan kepada pengguna Facebook seluruh dunia tidak lama lagi.

Sama seperti apa yang kita semua sedia kenali, melalui Zynga Binggo, anda boleh berlumba dengan rakan-rakan anda, dalam memastikan siapa yang dapat menyelesaikan dulu susunan angka-angka mereka. Zynga Binggo membolehkan anda melihat rakan-rakan anda berada dalam bilik yang mana, sebelum menyertai bilik tersebut dan mencabar antara satu sama lain.

Ianya juga turut menyertakan sokongan sosial, membolehkan anda bersembang dengan rakan-rakan anda melalui kotak sembang yang disediakan. Beberapa perkara tambahan turut dibawakan pada platform permainan tersebut, menjadikannya lebih menarik berbanding apa yang kita bermain di bangku sekolah dulu.

Buat masa ini, Zynga masih lagi belum mengumumkan bilakah ianya akan dilancarkan rasmi. Namun, dengan bermulanya ujian beta tertutup, kita boleh sasarkan ianya akan diperkenalkan tidak lama lagi.


TIPS & ULASAN