Cari @ Amanz

Aplikasi Vinode Membolehkan Pengguna iOS Mengetahui Pelbagai Info Dalam Kaedah Interaktif

Oleh Aman

Link Copied!

Dunia pembangunan aplikasi sepanjang tahun 2012 ini disasarkan untuk terus menarik, dengan pelbagai aplikasi baru dihasilkan pada platform iOS, Android, Symbian mahupun Windows Phone. Dan salah satu aplikasi iOS terkini yang diperkenalkan oleh pembangun ParkingMATA adalah aplikasi berasaskan realiti augmentasi, dinamakan sebagai Vinode.

Melalui aplikasi Vinode, pembangunnya mensasarkan untuk memperkenalkan beberapa fungsi secara berperingkat satu demi satu, yang mana semunya bergantung kepada sokongan realiti augmentasi, dmana akan digunakan melalui penggunaan kamera pada peranti iOS.

Untuk versi pertama, Vinode membawakan sokongan untuk mengetahui informasi cuaca disekitar anda. Melaluinya, anda hanya perlu membuka aplikasi tersebut, yang mana akan mengaktifkan kamera, dan seterusnya melihat laporan cuaca sepanjang hari pada sesuatu lokasi dengan mudah.

Memandangkan ianya menggunakan sokongan realiti augmentasi, animasi yang dipaparkan nampak realistik, sekaligus membolehkan anda mengetahui apakah laporan cuaca untuk sepanjang hari terus melalui skrin telefon pintar iOS anda.

Pembangun Vinode juga mensasarkan untuk memperkenalkan beberapa fungsi tambahan pada versi akan datang, termasuk sokongan hiburan, pengiklanan, informasi setempat dan banyak lagi.

Bagi para pengguna iOS, anda boleh memuat-turun aplikasi Vinode yang dibangunkan oleh pembangun tempatan ini, dan mula menggunakannya hari ini.


Komen ()