Carian
HTC Mula Memberikan Perhatian Kepada Kualiti Dan Bukannya Kuantiti
January 27, 2012 Aman

Ketika permulaan naiknya nama Android, salah satu jenama yang mengeluarkan peranti dengan banyaknya adalah HTC, namun seperti semua sedia maklum, akhir-akhir ini, peranti keluaran mereka semakin berkurangan, dan melalui laporan kewangan suku tahun ke-empat yang lepas, apa yang diperlihatkan adalah amat mengecewakan.

Oleh kerana itu, kini HTC mengubah strategi mereka, dengan menumpukan kepada kualiti penghasilan peranti, berbanding dengan kuantiti seperti sebelumnya.

Untuk makluman, ketika permulaan, keluarga Desire merupakan salah satu keluarga peranti utama untuk Android daripada HTC. Namun, berbanding mengeluarkan kemaskini kepadanya hanya setahun sekali, mereka memenuhkan pasaran dengan pelbagai jenis Desire, termasuk Desire HD, Desire Z, Desire S dan berbagai lagi, sekaligus menjadikan para pengguna takut untuk membeli peranti HTC, memandangkan kemaskini dikeluarkan dengan pantas.

Namun, kini dengan fokus semula kepada kualiti berbanding kuantiti, mungkin HTC akan dapat menarik kembali minat pengguna. Selain daripada Android, HTC juga turut memberikan fokus kepada Windows Phone.

Komen