Cari @ Amanz

Jikalau sebelum ini, para pengguna Google Music perlu memuat-turun satu demi satu lagu daripada laman rasminya, kini Google memudahkan proses tersebut, dimana para pengguna kini boleh memuat-turunnya terus menggunakan aplikasi pengurusan daripada Google, iaitu Google Music Manager yang ditawarkan secara percuma untuk Mac, Linux dan juga Windows.

Aplikasi yang sebelum ini hanya memfokuskan kepada memuat-naik fail-fail daripada komputer ke Google Music, kini turut ditambah dengan fungsi memuat-turun, membolehkan para pengguna yang mempunyai akses kepada Google Music, memuat-turun lagu dengan pantas, serta menjadikan fail-fail pada Google Music serasi dengan fail pada komputer mereka.

Apa yang menariknya adalah dimana para pengguna juga berpeluang untuk memuat-turun segala lagu-lagu yang ditawarkan secara percuma melalui Google Music, sekaligus menambah koleksi lagu pada komputer masing-masing.

Sokonga yang serupa turut diperkenalkan kepada pengguna peranti Android, membolehkan mereka memuat-turun lagu-lagu daripada Google Music terus pada peranti mudah-alih mereka.

Jadi, bagi mereka yang berminat untuk memuat-turun semua lagu daripada akaun Google Music masing-masing, mungkin anda boleh memuat-turun klien desktop untuk Windows, Mac mahupun Linux, dan mula menambah koleksi lagu anda hari ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd