Valve Memperkenalkan Aplikasi Steam Mobile Untuk Android Dan iOS

Valve Memperkenalkan Aplikasi Steam Mobile Untuk Android Dan iOS

Diterbitkan pada Jan 27, 2012 oleh .

Steam merupakan salah satu platform popular pada desktop, dan kini Valve terus memperluaskan sokongan platformnya, dimana pada hari ini, Valve turut sama memperkenalkan aplikasi Steam Mobile untuk pengguna iOS dan juga Android. Walaubagaimanapun, buat masa ini, kedua-duanya masih dalam fungsi beta tertutup, dan mungkin akan dibuka kepada semua pengguna dalam waktu terdekat.

Walaubagaimanapun, ia tidak diketahui adakah ianya akan membawakan sokongan untuk memainkan permainan terus melaluinya, pada masa hadapan ataupun tidak. Namun para pengguna boleh menggunakan aplikasi tersebut untuk membeli permainan dan memainkannya melalui komputer anda.

Melalui Steam Mobile, ia buat masa ini menawarkan sokongan untuk para pengguna dan pemain berinteraksi dengan yang lain melalui sokongan Chat, selain turut melihat kumpulan komuniti, profil pengguna, dan juga berita semasa berkaitan dunia permainan terus melaluinya.

Bagi mereka yang berminat, anda boleh memuat-turun aplikasi Steam Mobile daripada AppStore dan juga Android Market hari ini. Namun, seperti dilaporkan sebelum ini, ia masih lagi pada peringkat beta tertutup.

Terima kasih Prasys.


TIPS & ULASAN