Aplikasi MY Traffic Bakal Dilancarkan Dalam Bentuk HTML5 – Menyokong Semua Peranti

Aplikasi MY Traffic Bakal Dilancarkan Dalam Bentuk HTML5 – Menyokong Semua Peranti

Diterbitkan pada Jan 27, 2012 oleh .

Ingatkah lagi dengan aplikasi MY Traffic yang diperkenalkan kepada para pengguna Android sebelum ini? Nampaknya, kini pembangun aplikasi tersebut ingin membawakannya kepada pelbagai platform lain melalui sokongan HTML5, dimana kini ujian betanya sedang dilakukan melalui sebuah laman khas.

Melalui laman tersebut, para pengguna yang menggunakan peranti yang menyokong HTML5, seperti Windows Phone, iPhone, iPad, Nokia (Symbian), dan sebagainya boleh menggunakannya, dan mengujinya, sebelum ia dilancarkan pada bulan Februari kelak.

Buat masa ini, data yang digunakan pada laman percubaan tersebut hanyalah data yang tidak begitu tepat, dan masih untuk tujuan ujian sahaja lagi. Mungkin semuanya akan berubah ketika ianya dilancarkan pada Februari kelak.

Jadi, sementara menunggu ianya dilancarkan, para pengguna boleh menguji laman tersebut, dan bermain-main dengannya.


TIPS & ULASAN