Carian
Waze 3.0 Akan Hadir Ke Android Tidak Lama Lagi
January 28, 2012 Aman

Waze semestinya membantu ramai pengguna, tidak kira tempatan mahupun antarabangsa, dalam memudahkan pengurusan perjalanan mereka dari satu lokasi ke lokasi yang lain. Setelah pihak pembangunnya memperkenalkan Waze 3.0 untuk platform iOS, kini pengguna Android bakal menerima kemaskini tersebut tidak lama lagi, yang didatangkan bersama-sama pelbagai fungsi baru.

Melalui Waze 3.0, ia membawakan sokongan navigasi yang dipertingkatkan, membolehkan ianya menunjukkan berapa lama ianya akan diambil sebelum seseorang pengguna tiba di lokasi. Memandangkan ianya menggunakan data yang dihantar oleh rakan-rakan Waze yang lain, maka anda boleh mensasarkan bilakah akan tiba di sesuatu lokasi, dengan tepat. Pada masa yang sama, anda juga boleh melaporkan sesuatu perisitiwa di jalan raya atau trafik dengan pantas melaluinya.

Waze 3.0 juga turut sama mengintegrasikan data daripada beberapa laman terkemuka yang lain, serta memudahkan anda membuat kawalan pada aplikasi tersebut.

Di Malaysia sendiri, komuniti Waze tempatan agak aktif, dalam melaporkan pelbagai perkara berkaitan dengan trafik, sekaligus memudahkan pengguna trafik yang lain.

Bagi anda yang berminat, boleh memuat-turun aplikasi Waze secara percuma untuk platform peranti pintar anda, samada iOS, Android, BlackBerry dan sebagainya sementara menantikan versi 3.0 ini diperkenalkan pada satu-satu platform. Anda juga boleh mengenali dengan rapat rakan-rakan Waze tempatan yang lain dengan menyertai kumpulan khasnya di Facebook.


Laporan Waze Ketika Cuti Tahun Baru Cina Baru-Baru Ini

Komen