EU Mengesahkan Pengambil-Alihan Saham Ericsson Oleh Sony

EU Mengesahkan Pengambil-Alihan Saham Ericsson Oleh Sony

Diterbitkan pada Jan 28, 2012 oleh .

Pada penghujung bulan Oktober yang lepas, Sony telah pun mengumumkan yang mana mereka akan mengambil-alih hak penuh dalam kerjasama Sony Ericsson, dimana mereka akan mengambil-alih pegangan Ericsson di dalam Sony Ericsson yang berjumlah sebanyak 50% pada harga EUR 1.05 billion. Dan kini ianya telah pun diperkenankan oleh pihak EU.

Dengan pengesahan pihak EU, maka kini Sony boleh memfokuskan kepada pembangunan peranti dengan nama penuh Sony, serta mengintegrasikan pelbagai produk mereka antara satu sama lain dengan lebih mudah lagi.

Untuk makluman, Sony sejak daripada awal bulan ini, telah pun memulakan penjenamaan semula, dan telah pun memperkenalkan peranti Xperia S tanpa sebarang penjenamaan Ericsson.

Mungkin kita akan dapat melihat lebih banyak peranti Sony berbentuk telefon pintar yang diintegrasikan dengan pelbagai sokongan produk dan perkhidmatan Sony lain padanya sepanjang tahun ini.


Xperia S


TIPS & ULASAN