Tawaran Awam Pembukaan (IPO) daripada pihak Facebook merupakan salah satu perkara yang dinantikan oleh ramai pihak untuk tahun ini, dan nampaknya, melalui beberapa sumber, ia dilaporkan Facebook bakal memfailkan IPO seawal 1 Februari ini yang jatuhnya pada hari Rabu akan datang ini.
Walaubagaimanapun, boleh diperkatakan Facebook masih belum terdesak untuk memfailkan syarikat mereka sebagai syarikat awam, yang mana melaluinya ia kelak akan membolehkan orang ramai seluruh dunia ketahui berapakah kewangan yang dijana oleh Facebook sepanjang tahun dan sebagainya.
Ia diperkatakan Facebook bakal menjadi syarikat teknologi terbesar didunia dengan tawaran saham bernilai lebih $10 billion, yang bakal menjadikan Facebook sebagai syarikat bernilai lebih kurang $100 billion. Sejak daripada awal sebelum ini, ia telah diperkatakan Facebook kini bernilai lebih kurang antara $75 billion sehingga $100 billion, dan mungkin ianya turut akan menjadi IPO terbesar di dunia.
Sama-sama kita nantikan berita lanjut berkaitan dengan perkara ini.