Samsung Mengekori Rapat Di Belakang Apple Dari Segi Jualan Telefon Pintar

Samsung Mengekori Rapat Di Belakang Apple Dari Segi Jualan Telefon Pintar

Diterbitkan pada Jan 28, 2012 oleh .

Setelah beberapa nama seperti Apple dan Nokia mengeluarkan laporan tahunan mereka, Samsung kini turut sama telah mengeluarkan laporan kewangan untuk suku tahun yang lepas, memperlihatkan peningkatan yang amat positif sekali, memperlihatkan jualan Galaxy S2 yang hangat menyumbang kepada kewangan syarikat tersebut yang kukuh.

Melalui laporan yang dikeluarkan, keuntungan operasi pihak Samsung Electronics meningkat menjadi 5.2 trillon won (~RM13.68 billion). Bahagian Samsung Electronics terdiri daripada pelbagai bahagian yang mengeluarkan produk elektronik mereka seperti televisyen, telefon pintar, tablet, barangan elektronik rumah dan banyak lagi.

Apabila dilihat daripada bahagian Samsung Mobile yang memfokuskan kepada jualan peranti mudah-alih seperti tablet dan telefon pintar, ianya menyumbang kepada lebih 2.64 trillion won (~RM7.15 billion) sepanjang tempoh tersebut. Ia diperkatakan antara peranti utama yang mendapat perhatian ramai adalah Galaxy S2, Galaxy Note dan juga keluarga tablet mereka, Galaxy Tab.

Ia disasarkan yang mana Samsung telah pun menjual lebih kurang 36.5 juta peranti mudah-alih sepanjang tempoh tersebut, menjadikannya sebagai pengeluar telefon pintar kedua tertinggi di dunia, dengan perbezaan hanya sedikit berbanding dengan Apple yang melaporkan jualan sebanyak 37 juta iPhone sepanjang tempoh tersebut.

Tahun ini semestinya kita akan dapat melihat persaingan yang lebih sihat antara Samsung dengan pengeluar telefon pintar yang lain, dengan mereka disasarkan untuk memperlihatkan peranti Tizen pertama mereka seawal bulan hadapan pada Mobile World Congress.


TIPS & ULASAN