Nikon Bakal Melancarkan Nikon D800 Pada Minggu Pertama Februari?

Nikon Bakal Melancarkan Nikon D800 Pada Minggu Pertama Februari?

Diterbitkan pada Jan 28, 2012 oleh .

Nikon telah pun sedia merancang untuk mengadakan sebuah acara khas pada bulan Februari ini, dan kini ia dilaporkan yang mana Nikon bakal memperkenalkan kamera terbaru mereka, iaitu Nikon D800 pada acara tersebut, yang mana disasarkan pada tarikh 7 Februari kelak. Ianya mungkin tidak mengambil perbezaan masa yang lama untuk ianya tiba ke Malaysia sejak pelancarannya nanti.

Melalui Nikon D800 ada yang mengatakan ianya akan membawakan kamera 36-megapixel, dengan beberapa penambahan berbanding generasi sebelumnya. Selain daripada Nikon D800, pihak Nikon juga disasarkan untuk melancarkan beberapa kamera kompak dari keluarga Coolpix pada awal Februari ini.


Nikon D700

Pada masa yang sama, ura-ura awal turut mengatakan DSLR terbaru daripada Nikon, iaitu Nikon D400 yang dinantikan mungkin menemui pengguna pada penghujung Mac 2012 kelak.


TIPS & ULASAN