Cari @ Amanz

Nampaknya, seperti diperkatakan sebelum ini, sepanjang bulan Februari ini, Twitter akan memperkenalkan halaman profil untuk jenama dengan lebih meluas lagi, bermula dengan syarikat-syarikat yang telah menghabiskan duit dalam bentuk pengiklanan di Twitter terlebih dahulu. Mungkin selepas beberapa bulan, kita akan dapat melihatnya diperkenalkan kepada lebih ramai pengguna dengan lebih meluas lagi.

Melalui halaman khas untuk jenama, syarikat dan organisasi, ia membolehkan mereka mengoptimasikan dan merekabentuk laman mereka supaya lebih memenuhi cita-rasa, selain pada masa yang sama memfokuskan kepada jenama mereka pada halaman profil tersebut.

Ia juga akan membolehkan organisasi untuk meletakkan Tweet utama mereka pada bahagian paling atas, diikuti dengan Tweet-Tweet lain pada bahagian bawah, membolehkan para pengguna lain mengikuti perkembangan dengan mudah, dan bukannya melihat Tweet balasan kepada pengguna lain dan sebagainya ketika melawat profil.

Antara contoh yang aktif pada hari ini adalah termasuk laman profil pihak @Twitter sendiri, dan juga laman @Pepsi. Ia masih lagi tidak diketahui bagaimanakah pihak Twitter akan memperkenalkannya kepada organisasi-organisasi lain, memandangkan ia diperkatakan, untuk bulan Februari ini, hanya mereka yang membelanjakan lebih daripada $25,000 di Twitter sahaja akan menerimanya terlebih dahulu.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd