Carian
Yahoo! Mematikan Sokongan Untuk 10 Aplikasi Mudah-Alih Keluaran Mereka
January 28, 2012 Aman

Di bawah CEO baru, ia kelihatan beberapa perubahan drastik, dan penjimatan kos dilakukan. Selepas mengumumkan beberapa perubahan pada produk popular, Flickr mereka, Yahoo! kini mengumumkan yang mana mereka akan mematikan sokongan untuk beberapa aplikasi mudah-alih keluaran mereka, yang mana mungkin kurang mendapat sokongan berbanding aplikasi Yahoo! yang lain.

Menurut Yahoo! aplikasi ini dimatikan, supaya mereka boleh memfokuskan kepada produk baru yang lain, selain terus menginovasikan produk sedia ada seperti Yahoo! Messenger, LiveStand, IntoNow dan sebagainya.

Melalui pengumuman yang dibuat oleh Yahoo!, mereka akan mematikan sokongan untuk Yahoo! Meme (iPad dan iPhone), Yahoo! Mim (iPad), Yahoo! Answers (Android), Yahoo! AppSpot (Android dan iPhone), Yahoo! Deals (iPhone), Yahoo! Finance (BlackBerry), Yahoo! Movies (Android), Yahoo! News (Android), Yahoo! Shopping (iPhone), Yahoo! Sketch-a-Search (iPad dan iPhone).

Walaupun mengumumkan ianya akan dimatikan, namun Yahoo! mengatakan mereka akan terus memfokuskan kepada platform mudah-alih sepanjang tahun 2012, dan beberapa produk baru akan diperkenalkan oleh mereka. Beberapa apikasi juga akan dintegrasikan bersama yang lain, membuatkannya ianya dimatikan dan pada masa yang sama, menjimatkan kos pentadbiran mereka.

Terima kasih Farid.

Komen